Posts

Showing posts from 2019
Loading... Calendar Widget by CalendarLabs
Current local time in Taiping, Malaysia

Myself

Image
~ MAKLUMAT DIRI ~ Nama : Asyraf Maruan Bin Ab Majid No.Matrik : 260916 Cawangan : Pengajian Jarak Jauh Ipoh "MAN JADDA WAJADA" Mari kita saksikan video ringkas ini untuk menurunkan berat  badan dengan cepat disamping mengamalkan cara hidup yang  sihat tanpa mengamalkan supplement dari mana-mana produk  yang mungkin akan membahayakan kesihatan kita. Jom kita  amalkan gaya hidup yang sihat ❤️     The best way to appreciate someone is to imagine your life with  them. So, here is my video with my love. May allah s.w.t shower us  with full of happiness until Jannah. 

Indahnya Cinta Saat Kau Halal Untukku

Image
Assalamualikum wbt kepada semua pembaca yang saya kasihi. Bercakap mengenai jodoh,  Cepat atau lambat jodoh insyaallah bertemu jua. Cuma jarak masa yang tidak diketahui. Bukan terlalu awal atau apa, tetapi mempersiapkan diri dengan ilmu serta pengetahuan itu penting. Siapa pun dia yang bakal menemani kita seluruh hidup, terimalah dia seadanya kerana dia hanyalah insan akhir zaman yang punya secebis harapan untuk membahagiakan kamu. Pernikahan atau perkahwinan, membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu Tidaklah semulia Muhammad s.a.w Tidaklah setakwa Ibrahim pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa apalagi setampan Yusuf Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya suami adalah nakhoda kapal kamu pelayarnya suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun...

Biodata & Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Image
N abi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم )  adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.   Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.  Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'. BIODATA RASULULLAH S.A.W: 1. Nama: Muhammad bin...

Anak Soleh & Solehah

APA MAKSUD ANAK SOLEH DAN SOLEHAH? ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keseluruh Alam. Hari ini saya nak share  something   yang saya rasa amat penting untuk kita fahami. Iaitu apakah yang dimaksudkan dengan  anak soleh  atau solehah itu? Ada sesetengah orang kata,  anak soleh  itu anak yang baik dan ada juga yang kata  anak soleh  tu maksudnya anak yang taat kepada Allah S.W.T. Tetapi dimanakah dalil-Nya sebagai bukti? Kebanyakan mereka tidak dapat mengeluarkannya. Jadi di sini, saya akan mengkongsikan ilmu yang baru saya pelajari daripada Ustaz Adi Hidayat tentang maksud  anak soleh  yang sebenar dan cara untuk melahirkan  anak soleh . Dan kesemuanya mempunyai dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith. Sebelum bermula, soleh itu terbahagi kepada 5 tingkat. Dan soleh merupakan tingkatan yang paling tinggi. Ju...

Jenis Makanan Sunnah

Image
A NTARA MAKANAN SUNNAH YANG PATUT KITA AMALKAN  Madu Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.  #2 – Kismis Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. #3 – Kurma Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan tel...

Tips Perkahwinan

Image
13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus 1.  KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2.  KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 3.  KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 4.  KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 5.  KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 6.  SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak ...