Kedai Makan Sedap di Kelantan

#2. Warung Sup Ikan Pok Mat (Tea Beng Madu)
Alamat : Medan Ikan Bakar Kedai Buluh, Kota Bharu
#3. Kopitiam Kita
Alamat : Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu

#4. Warung Badik2
Alamat : Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu

#5. Maggi Belut
Alamat : Kg.Bukit Marak, Bachok

#6. ALEMY Maggi Ketam
Alamat : Bangunan MDPP, Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh
Alemy Meggi Ketam merupakan salah satu restoran paling hangat di Kelantan masa kini. Megi ketamnya menjadi buruan pelancong tempatan yang bercuti ke Kelantan.
Ada yang menggelar restoran megi ketam Cherang Ruku. Megi ketam di sini dimasak menggunakan ketam nipah segar. Ianya kemudian dihidangkan di dalam periuk tanah untuk menaikkan aroma serta mengekalkan suhu megi yang amat sedap dimakan ketika panas.
Setiap hidangan menggunakan dua ekor ketam nipah yang bermula daripada saiz yang kecil sehinggalah kepada saiz yang besar. Harganya tertakluk kepada saiz ketam yang digunakan dan juga harga pasaran ketam semasa. Biasanya harga setiap hidangan bermula daripada RM20 sehinggalah kepada RM50.

#7. Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie CK
Alamat : Jalan Pasir Hor, Kota Bharu

#8. Nasi Kak Wok
Alamat: Jalan Masji Lundang, Kota Bahru
Tidak banyak yang perlu dikatakan berkenaan nasi Kak Wook yang amat popular di Kota Bharu. Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau. Setiap warga Kota Bharu pasti tahu dan pernah merasai keenakan Nasi Kak Wook.
Menunya amat mudah dengan nasi berlauk ayam goreng berempah dan juga gulai ayam. Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah rasa rempah ayam gorengnya yang begitu unik dan tidak akan didapati di tempat lain.
Begitu juga rasa gulai ayamnya yang begitu baik dan melekat. Tidak hairanlah jika sehingga kini nasi Kak Wook ini telahpun memiliki cawangan samada yang memang dibuka oleh waris ataupun sekadar pada nama.

#9. The Bold Lab
Alamat: : PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Kafe ini memang khas buat pencinta kopi di luar sana. Menurut pelanggan yang pernah mencuba kopi di sini, kopi di kafe ini katanya bukan biasa-biasa rasanya. Pekat dan kena dengan citarasa!
Selain kopi, mereka juga terkenal dengan pencuci mulut seperti Shibuya Honey Toast dan wafel. Jika dikenakan bersama kopi mereka seperti Americano, Caffe Latte dan Espresso, pasti berganda keenakannya.

#10. Nasi Kerabu AZMA, Pasir Pekan
Alamat: Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan
Kelantan dan nasi kerabu tidak akan boleh dipisahkan sampai bila-bila. Malah anak-anak Kelantan akan terus mencari nasi kerabu walau ke mana pun mereka merantau. Jadi tidak hairanlah jika nasi kerabu boleh didapati di mana-mana saja di Malaysia.
Tidak sah kalau ke Kelantan tidak makan nasi kerabu. Jadi di sini kami kongsikan restoran yang menghidangkan nasi kerabu yang enak dan boleh anda cuba jika berada di sini.
Alang-alang menacari, biarlah yang sedap bukan. Untuk nasi kerabu, antara kedai makan yang anda boleh cuba adalah Nasi Kerabu Azma. Nasinya boleh dikatakan tip top! Selain itu, sup di kedai ini juga mendapat pujian ramai

Comments
Post a Comment