Sejarah Negeri Kelantan

"Asal Usul Nama Negeri Kelantan"

Catatan daripada pedagang-pedagang Eropah dan China yang ditulis di masa lalu sedikit sebanyak boleh memberi gambaran tentang asal-usul dan sejarah negeri Kelantan.

Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, yang berasal dari Yunani, dalam bukunya ‘Geography Of Eastern of Asia’ yang ditulis dalam abad ke 2M, disebutkan 3 nama tempat iaiatu “Kole Polis”, “Primula” dan “Tharra” yang terletak di pantai timur semenanjung Tanah Melayu.

G.E.Germini, pengkaji yang berbangsa Itali menyatakan bahawa “Kole Polis” terletak di Kelantan. Beliau berpendapat nama “Kelantan” ialah gabungan kata dari “Kalo” dan “Thana” atau “Tanah” sehingga menjadi “Kolathana” atau “KolamTanah” atau “Kolantan”.

Sejak Abad ke 6M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan pelbagai nama.Pada masa kerajaan Liang ( 502-577M), orang cina menyebut “Tan-Tan”. Pada masa kerajaan Tang ( 618-906M), orang cina menyebut “Tann-Tann”. Semasa kerajaan Sung (960-1279M), Kelantan disebut sebagai “Chai-lan-Chau” atau Chi-La-Tan”. Pada awal abad ke 17M, Kelantan disebut sebagai “Ko-la-tan atau “Ku-la-tan”.

Selain ‘Tan-Tan dan “Tann-Tann” ada sebuah negeri lagi yang disebut-sebut oleh orang China iaitu”Chit-tu” yang bermaksud “Tanah Merah” dan dikaitkan dengan negeri Kelantan.

Berdasarkan geografi, sebahagian ahli sejarah berpendapat bahawa “Chit-tu”(Tanah Merah) atau ” Raktamirittka” adalah Kelantan itu sendiri. Seorang pakar sejarah Eropah, Paul Wheatly, cenderung untuk mempercayai bahawa Chit-tu terletak di Kelantan. Hal ini bermula daripada sejarah Raktamirittka yang didirikan oleh Raja Gautama,Putera Raja Kalahtana. Chit-tu pernah menjadi jajahan takluk oleh Sriwijaya.

Pada tahun 1411M , negeri Kelantan mula dipimpin oleh seorang yang bernama Raja Kumar.Namun pakar-pakar sejarah belum menentukan daripada mana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang menyebut Raja Kumar pernah menjalinkan hubungan dagang dengan negara China. Contohnya pada tahun 1412, Raja Kumar menerima pemberian kain-kain sutera, dan surat puji-pujian daripada negara China. Raja Kumar mangkat pada tahun 1418M, ianya digantikan dengan Sultan Iskandar Syah.Berdasarkan manuskrip Sejarah Melayu, Sultan Iskandar merupakan cucu kepada Raja Culan. Raja Negeri Ganggyayu atau Klang Kio, yang terletak di hulu sungai Johor. Ada sumber lain, menurut buku Nik Muhammad Ismail, dalam bukunya “Ringkasan Cetera Kelantan” bahawa Raja Culan merupakan Raja Negeri Perak. Belum ditemukan maklumat atau data hubungan kekerabatan antara Raja Kumar dan Sultan Iskandar Syah. Juga belum dipastikan bagaimana pengaruh Islam memasuki negeri Kelantan kerana panggilan”sultan” bermaksud seseorang raja itu telah menganut agama Islam


Tiada penerangan foto disediakan.







" Pahlawan Melayu Pantai Timur "


Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja'far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.

Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan[[ Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap di Kelantan