1001 Resepi Kuih Muih Traditional
Resepi Serimuka Pandan
Lapisan atas:
1 cawan santan
1 cawan air daun pandan
Telur sebiji
5 sudu besar t.gandum
Secubit garam
Lapisan bawah:
1 1/2 cwan pulut yg direndam dlm 2 hingga 3 jam
1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Kukus pulut bersama santan cair dan garam hingga pulut masak. Tekan pulut hingga padat.
Semasa mengukus pulut,buatkan lapisan atas,kacau semua bahan dgn whish hingga sebati dan rata,bila pulut dah padat ,masukkan lapisan atas perlahan2,kukus hingga masak dgn api sederhana ,masak dlm 20 minit ...sejukkan ..baru la boleh dipotong dn dihidangkan.

Salam, maaf tumpang lalu lagi. Ade yang request resipi kuih kaswi 😊
Kaswi ni kenyal2. Saya dah buat beberapa kali, sambutan sangat menggalakkan 😁
Resepi Kuih Kaswi
Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
4 cawan air
1/2 sudu kecil kapur makan (bancuh dengan 3 sudu besar air)
1 @ 2 helai daun pandan
1 sudu besar kicap manis @ lemak manis (boleh tambah kalau suka, warna lebih cantik. Saya memang letak kicap)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
4 cawan air
1/2 sudu kecil kapur makan (bancuh dengan 3 sudu besar air)
1 @ 2 helai daun pandan
1 sudu besar kicap manis @ lemak manis (boleh tambah kalau suka, warna lebih cantik. Saya memang letak kicap)
Cara-cara;
1. Cairkan gula merah dan gula pasir dengan 4 cawan air. Masukkan daun pandan sekali. Ketepikan dan biarkan hingga suam.
2. Panaskan pengukus dan sediakan loyang saiz 8" yang disapu minyak.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi dalam bekas lain. Masukkan air gula yg sudah sedikit sejuk tadi. Adun sampai tidak berbintil.
4. Masukkan bancuhan air kapur dan kicap. Adun sebati.
5. Tapiskan ke dalam loyang.
6. Kukus selama 45 minit, kemudian buka penutup dan kukus lagi dlm 10minit.
7. Tunggu sehingga betul2 sejuk, baru potong.
Selamat mencuba
❤️

Comments
Post a Comment