Indahnya Cinta Saat Kau Halal Untukku

Image result for kekasih halal hingga jannah

Assalamualikum wbt kepada semua pembaca yang saya kasihi. Bercakap mengenai jodoh, Cepat atau lambat jodoh insyaallah bertemu jua. Cuma jarak masa yang tidak diketahui. Bukan terlalu awal atau apa, tetapi mempersiapkan diri dengan ilmu serta pengetahuan itu penting. Siapa pun dia yang bakal menemani kita seluruh hidup, terimalah dia seadanya kerana dia hanyalah insan akhir zaman yang punya secebis harapan untuk membahagiakan kamu.


Pernikahan atau perkahwinan,
membuka tabir rahsia



Suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad s.a.w
Tidaklah setakwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf



Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh



Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama



Suami menjadi pelindung
kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal
kamu pelayarnya
suami bagaikan balita yang nakal
kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja
kamu nikmati anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa
kamulah penawarnya ubatnya
seandainya suami berkata-kata yang lancang
sabarlah memperingatkannya...



Pernikahan atau perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan takwa



Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t
kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
justeru kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
juga bukan Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah

Sejenak. Anda dan juga mungkin saya bakal ditemukan jodoh suatu hari nanti. Walau siapa pun dia, terimalah dia seadanya. Jika diberi pilihan, pilihlah yang terbaik akan tetapi jika dipilih maka jadilah yang terbaik. 💕


Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap di Kelantan